Daripada definisi psikologi pendidikan, jelas bahawa pengetahuan tetang bidang ini dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. Guru perlu memahami pelajar, kebolehan pelajar, peringkat-peringkat perkembangan mereka cara-cara alam sekitar membentuk sahsiah serta memupuk minat mereka. Pelbagai jenis pendekatan telah digunakan untuk memperoleh pengetahuan tetang tingkah laku manusia. Para pendidik perlu memahami dan mengkaji terlebih dahulu bagaimana perkembangan seseorang individu sebelum mengenali individu tersebut dengan lebih baik.
Tingkah laku manusia merupakan sesuatu yang sangat kompleks. Setiap individu mempunyai tingkah laku yang berbeza. Menurut teori perkembangan Arnod Gesell, semua perkembangan mengikut pola dan urutan tertentu. Beliau menekankan bahawa setiap individu adalah unik, dan keunikan atau individualitinya haruslah dihormati. Sebagai seorang pendidik, kita tidak boleh terlalu memaksa mereka untuk membuat sesuatu tanpa mengambil kira peringkat kematangan serta peringkat perkembangannya. Sebagai contoh, guru tidak seharusnya mengajukan suatu soalan yang di luar pemahaman pelajar serta penyampaian yang sesuai perlu ditekankan. Misalnya, guru boleh memberikan soalan penyelesaian secara aplikasi kepada pelajar sekolah menengah dan kurang sesuai untuk diberikan kepada pelajar sekolah rendah.
Gesell membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada lima peringkat. Ini menunjukkan bahawa manusia ini sebenarnya belajar daripada sesuatu yang mudah kemudian baru yang lebih susah. Ini menjelaskan bahawa guru juga perlu menyampaikan daripada yang senang kepada yang lebih rumit bagi menggerakkan minda pelajar secara berperingkat dan bukannya secara mengejut. Begitu juga dalam membuat soalan. Guru perlu menerapkan soalan yang mudah dan soalan yang lebih susah.
Manakala menurut teori perkembangan Robert Havighurst, perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh alam sekitarnya di mana perkembangan personalitinya juga dipengaruhi nilai, norma, serta budaya masyarakatnya. Keperluan seseorang berkait rapat dengan kebudayaan sesebuah masyarakat itu. Di sini perlu diingatkan bahawa guru merupakan cermin kepada masyarakat. Bagaimana rupa seseorang guru itu, begitulah rupa masyarakat di sekelilingnya.
Oleh itu, guru perlu mempunyai perwatakan dan personaliti yang baik. Cara berpakaian, cara pergaulan, cara pertuturan, dan sebagainya sangat penting. Para pendidik perlu menunjukkan perilaku yang baik untuk dijadikan ikutan kepada para pelajarnya. Ini secara tidak langsung dapat menerapkan nilai-nilai moral dan mengajar pelajar untuk menjadi seorang yang berjaya dari pelbagai sudut. Apabila masyarakatnya selalu bertegur sapa ketika berjumpa walau di mana sekali pun, kanak-kanak ini akan ikut sama kerana mereka gembira apabila wujud kemesraan sesama sendiri.
Apa yang menarik yang perlu disentuh daripada peringkat-peringkat dalam teori tugas perkembangan Havighurst ialah ialah tugas perkembangan di peringkat remaja (12-18 tahun) di mana mereka mula mencapai satu set nilai dan sistem etika. Pada peringkat ini, kematangan sistem saraf dan saiz otak yang sudah mencapai tahap dewasa membolehkan remaja membentuk satu set nilai dan sistem etika yang akan dijadikan sebagai panduan bagi tingkah lakunya. Guru yang bersikap autokratik, iaitu guru yang selalu membuat segala keputusan untuk pelajar-pelajar sebenarnya menggalakkan pergantungan secara berlebihan. Sepatutnya guru perlu bersikap demokratik dan cuba melatih para pelajarnya untuk menjadi seorang pemimpin dan cuba melatih para pelajar untuk melakukan sesuatu tugas.
Menurut Havighurst juga, seseorang guru boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh membantu pelajar mencapai perkembangan sosioemosi. Pendidik yang baik akan sentiasa memberi pujian kepada pelajar ketika pelajar tersebut menunjukkan hasil atau tingkah laku yang baik selain memberi ganjaran. Cara ini dapat meningkatkan lagi pembentukan konsep kendiri yang positif yang seterusnya kan memantapkan sosioemosi pelajar berkenaan. Selain itu juga, guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang lengkap dalam menyampaikan satu-satu konsep bagi meningkatkan perkembangan kognitif para pelajar. Guru juga perlu mengemukakan situasi-situasi yang memerlukan pelajar menyelesaikan masalah seperti kaedah inkuiri dapatan dalam pengajaran serta menggalakkan interaksi dan perbincangan kumpulan.
Teori psikologi mengenai cabaran guru dalam menangani masalah tingkah laku pelajar melihat masalah remaja ini dari segi kejiwaan. Faktor-faktor seperti kecerdasan, keperibadian, motivasi, nilai, sikap, konflik batin dan sebagainya mempengaruhi masalah tingkah laku. Daripada kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi perbuatan salahlaku adalah satu jalan yang dipilih oleh remaja untuk menyelesaikan masalah jiwa dan konflik batin yang disebabkan oleh keadaan sekitar. Sembilan puluh peratus daripada remaja nakal atau bermasalah ini berasal daripada keluarga yang tidak stabil akibat perpecahan rumahtangga.
Keadaan rumahtangga yang tidak bahagia menimbulkan masalah jiwa. Mereka mencari penyelesaian diluar rumah untuk memecah kesulitan dengan melakukan perbuatan yang menyimpang daripada kebiasaan. Semuanya merupakan reaksi terhadap kesulitan jiwa yang dialami dan dilakukan untuk mengurangi beban tekanan jiwa sendiri. Para pendidik di sini memainkan peranan dalam mengaplikasikan pengetahuan psikologi untuk membina jiwa yang tenang dalam menghadapi sesuaut masalah. Oleh itu, ibu bapa perlulah memperbaiki hubungan dalam keluarga supaya hubungan sesama ahli keluarga adalah baik dan ini akan membolehkan seseorang pelajar itu berada dalam kedaan harmoni dan masalah yang dihadapi boleh dikongsi bersama ahli keluarga.
Perkongsian bersama ahli keluarga ini akan menyebabkan hubungan pelajar tersebut dengan ahli keluarga adalah lebih baik. Dalam perkara ini juga, guru turut berperanan dalam mewujudkan kasih sayang pelajar terhadap keluarganya. Nilai-nilai kasih sayang diterapkan melalui aktiviti-aktivi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Ini dapat mengelakkan pelajar tersebut daripada melakukan perkara yang negatif untuk meluahkan perasaan mereka seperti merosakkan harta benda awam dan mengikut rakan-rakan nakal yang lain untuk melupakan masalah mereka. Selain itu guru juga berperanan untuk memberikan bimbingan kepada pelajar tersebut dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti memberikan tip-tip untuk mengatasi masalah dalam hubungan dalam keluarga.
Remaja bermasalah ini biasanya mempunyai kecerdasan yang rendah dan selalu ketinggalan dalam bidang akademik jika dibandingkan dengan remaja normal yang lain. Mereka hilang minat dan tidak bermotivasi untuk belajar iaitu mereka cepat jemu dan bosan dengan sekolah lalu suka ponteng. Lantaran itu mereka sangat mudah dipengaruhi dan ditarik oleh gejala dan ajakan buruk dari luar untuk menjadi budak nakal. Pihak sekolah terutamnya guru perlulah berusaha untuk menangani masalah ini dengan mendalami diri pelajar yang bermasalah seperti mengadakan sesi temu bual bersama pelajar yang bermasalah tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah tersebut. Ini akan membantu para guru untuk membantu pelajar tersebut dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Selain itu, guru juga perlu menegur pelajar yang bermasalah dengan cara yang betul.
Diagram of Maslow's hierarchy of needs.
5. Ksempurnaan kendiri
4. Penghargaan diri
3. Kasih sayang
2. Keselamatan
1. Fisiologi
2. Keselamatan
1. Fisiologi
Daripada hirarki Maslow :
Fisiologi
Keperluan fisiologi yang baik adalah asas yang sangat penting kepada pelajar. Guru perlu mengingatkan para pelajarnya supaya mengamalkan pemakanan yang sihat. Ini kerana manusia memerlukan makanan yang seimbang supaya sel badan yang mati diganti semula dan seterusnya melancarkan perkembangan dan pertumbuhan badan pelajar. Guru juga perlu mengingatkan pelajarnya supaya meminum air dengan secukupnya. Ini kerana air sentiasa hilang semasa seorang pelajar berpeluh dan membuang air kecil. Minum air yang banyak membolehkan otak dapat berfungsi dengan lancar. Ini juga adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang sihat dan cemerlang.
Keselamatan
Keperluan keselamatan adalah sangat penting kapada pelajar. Oleh itu guru perlulah mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat kerana keadaan keselamatan yang selamat akan mewujudkan perasaan aman dalam diri pelajar dan ini dapat mengelakkan pemikiran pelajar daripada rungsing ataupun tidak selesa, contohnya jika kerusi yang digunakan oleh pelajar adalah bergoyang dan berada dalam keadaan yang tidak selamat, guru hendaklah mengambil tindakan dengan segera bagi menggantikan kerusi tersebut dengan kerusi yang lebih selamat kerana ini sudah pasti akan menimbulkan perasaan yang tidak selesa kepada pelajar tersebut. Perasaan tidak selesa ini sudah pasti akan menggangu tumpuan pelajar ketika guru sedang mengajar didalam kelas.
Kasih sayang
Kasih sayang adalah keperluan yang ketiga selepas fisiologi dan keselamatan. Dalam proses pengajaran di dalam kelas, guru hendaklah menerapkan nilai kasih sayang kepada pelajarnya supaya pelajar tersebut lebih bersemangat untuk belajar. Sebagai contoh, guru perlulah menerima pelajarnya dengan seadanya kerana pada peringkat ini para pelajar mahukan perhatian yang lebih daripada guru ketika berada di dalam kelas.
Penghargaan diri
Kategori ini merangkumi kedua-dua keperluan iaitu keperluan untuk penghargaan diri dan juga penghargaan daripada orang lain. Didalam kelas pula, guru hendaklah menghormati pelajarnya supaya pelajarnya berasa dihargai. Ini akan menyebabkan pelajar tersebut lebih semangat untuk belajar. Jika pelajar melakukan kesilapan didalam kelas, guru hendaklah menegur pelajar tersebut dengan cara yang betul. Ini adalah untuk mengelakkan daripada menjatuhkan harga diri seseorang pelajar. Jika pelajar melakukan perkara baik pula ketika berada di dalam kelas, guru hendaklah memberikan ganjaran kepada pelajar tersebut sama ada memberikan pujian kepada pelajar tersebut ataupun hadiah kepada pelajar tersebut.
Kesempurnaan kendiri
Kaperluan ini adalah kemuncak dalam hieraki Maslow. Kaperluan ini hanya dicapai setelah semua keperluan lain dicapai. Setelah pelajar mencapai tahap ini, pelajar akan menjadi seseorang yang tidak mementingkan diri sendiri, kreatif, boleh menerima orang lain, riang dan peka terhadap orang lain.
No comments:
Post a Comment