S@ntAi

S@ntAi

Thursday, December 16, 2010

Cara terbaik untuk mendekati pelajar bermasalah

            Gambar hiasan....ni pelakon tambahan tuk blog ni...jangan marah...

Keadaan rumahtangga yang tidak bahagia menimbulkan masalah jiwa. Mereka mencari penyelesaian di luar rumah untuk memecah kesulitan dengan melakukan perbuatan yang menyimpang daripada kebiasaan. Semuanya merupakan reaksi terhadap kesulitan jiwa yang dialami dan dilakukan untuk mengurangi beban tekanan jiwa sendiri. Para pendidik di sini memainkan peranan dalam mengaplikasikan pengetahuan psikologi untuk membina jiwa yang tenang dalam menghadapi sesuatu masalah.



Perkongsian masalah bersama ahli keluarga akan menyebabkan hubungan pelajar tersebut dengan ahli keluarga adalah lebih baik. Dalam perkara ini juga, guru turut berperanan dalam mewujudkan kasih sayang pelajar terhadap keluarganya. Nilai-nilai kasih sayang diterapkan melalui aktiviti-aktivi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.



Ini dapat mengelakkan pelajar tersebut daripada melakukan perkara yang negatif untuk meluahkan perasaan mereka seperti merosakkan harta benda awam dan mengikut rakan-rakan nakal yang lain untuk melupakan masalah mereka. Selain itu guru juga berperanan untuk memberikan bimbingan kepada pelajar tersebut dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti memberikan tip-tip untuk mengatasi masalah dalam hubungan dalam keluarga.

Remaja bermasalah ini biasanya mempunyai kecerdasan yang rendah dan selalu ketinggalan dalam bidang akademik jika dibandingkan dengan remaja normal yang lain. Mereka hilang minat dan tidak bermotivasi untuk belajar iaitu mereka cepat jemu dan bosan dengan sekolah lalu suka ponteng. Lantaran itu mereka sangat mudah dipengaruhi dan ditarik oleh gejala dan ajakan buruk dari luar untuk menjadi budak nakal.

               Pergaulan remaja perlu dipantau dan diberi perhatian yang serius.

Pihak sekolah terutamnya guru perlulah berusaha untuk menangani masalah ini dengan mendalami diri pelajar yang bermasalah seperti mengadakan sesi temu bual bersama pelajar yang bermasalah tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah tersebut. Ini akan membantu para guru untuk membantu pelajar tersebut dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Selain itu, guru juga perlu menegur pelajar yang bermasalah dengan cara yang betul. Contohnya jika pelajar itu merokok di dalam kawasan sekolah, guru perlu memberi nasihat dan jika pelajar itu tidak mendengar nasihatnya, maka guru itu boleh mengenakan hukuman yang setimpa ke atas pelajar berkenaan.



Guru perlu memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri mereka, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan arah hidup dan masa depan sendiri yang tinggi. Ini ditunjukkan dalam Hierarki keperluan Maslow dari segi penghargaan kendiri. Sekiranya guru dapat meningkatkan penghargaan kendiri para pelajarnya melalui cara teguran dan memberi perhatian kepada mereka, maka pelajar tersebut lebih bersemangat untuk belajar.

4 comments: