Daripada definisi psikologi pendidikan, jelas bahawa pengetahuan tetang bidang ini dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. Guru perlu memahami pelajar, kebolehan pelajar, peringkat-peringkat perkembangan mereka, cara-cara alam sekitar membentuk sahsiah serta memupuk minat mereka. Pelbagai jenis pendekatan telah digunakan untuk memperoleh pengetahuan tentang tingkah laku manusia. Para pendidik perlu memahami dan mengkaji terlebih dahulu bagaimana perkembangan seseorang individu sebelum mengenali individu tersebut dengan lebih baik.
Tingkah laku manusia merupakan sesuatu yang sangat kompleks. Setiap individu mempunyai tingkah laku yang berbeza. Menurut teori perkembangan Arnod Gesell, semua perkembangan mengikut pola dan urutan tertentu. Beliau menekankan bahawa setiap individu adalah unik, dan keunikan atau individualitinya haruslah dihormati. Ini menerangkan bahawa sebagai seorang pendidik, kita tidak boleh terlalu memaksa mereka untuk membuat sesuatu tanpa mengambil kira peringkat kematangan serta peringkat perkembangannya.
Dalam mewujudkan negara yang maju, guru perlu menyahut cabaran Wawasan 2020. Terdapat 9 cabaran Wawasan 2020 iaitu:
- Membentuk negara yang bersatu-padu dengan matlamat kongsi bersama. Malaysia sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat kaum dan wilayah, hidup harmoni, bekerjasama sepenuhnya serta didokong oleh satu bangsa Malaysia yang setia dan berdedikasi.
- Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang berjiwa bebas, tenteram dan maju serta berkeyakinan, bangga dengan apa yang ada, gagah menangani pelbagai masalah. Masyarakat dikenali sebagai masyarakat yang sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan dan dihormati seluruh dunia.
- Membentuk dan mengembangkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan demokratik unggul bagi menjadi contoh kepada negara membangun yang lain.
- Membentuk masyarakat yang kukuh dengan ciri-ciri moral dan etika serta agamanya.
- Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat liberal lagi bertoleransi dalam kemajmukan rakyat Malaysia. Bebas mengamalkan budaya dan kepercayaan. Setia kepada negara.
- Membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, inovatif, dan memandang ke hadapan. Bukan pengguna teknologi tetapi penyumbang kepada tamadun Sains dan Teknologi masa depan.
- Membentuk masyarakat yang berbudi dan penyayang iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat bukan diri sendiri.
- Membentuk masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Kekayaan negara dibahagi sama adil dan saksama di kalangan rakyatnya.
- Membentuk sebuah masyarakat yang makmur serta mempunyai ekonomi yang dinamik, berdaya saing, giat, dan kental..
Gesell membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada lima peringkat. Ini menunjukkan bahawa manusia ini sebenarnya belajar daripada sesuatu yang mudah kemudian baru yang lebih susah. Ini menjelaskan bahawa guru juga perlu menyampaikan daripada yang senang kepada yang lebih rumit bagi menggerakkan minda pelajar secara berperingkat dan bukannya secara mengejut. Begitu juga dalam membuat soalan. Guru perlu menerapkan soalan yang mudah kepada soalan yang lebih susah.
Manakala menurut teori perkembangan Robert Havighurst, perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh alam sekitarnya di mana perkembangan personalitinya juga dipengaruhi nilai, norma, serta budaya masyarakatnya. Keperluan seseorang berkait rapat dengan kebudayaan sesebuah masyarakat itu. Di sini perlu diingatkan bahawa guru merupakan cermin kepada masyarakat. Bagaimana rupa seseorang guru itu, begitulah rupa masyarakat di sekelilingnya.
Teori psikologi mengenai cabaran guru dalam menangani masalah tingkah laku pelajar melihat masalah remaja ini dari segi kejiwaan. Faktor-faktor seperti kecerdasan, keperibadian, motivasi, nilai, sikap, konflik batin dan sebagainya mempengaruhi masalah tingkah laku. Daripada kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi perbuatan salahlaku adalah satu jalan yang dipilih oleh remaja untuk menyelesaikan masalah jiwa dan konflik batin yang disebabkan oleh keadaan sekitar. Sembilan puluh peratus daripada remaja nakal atau bermasalah ini berasal daripada keluarga yang tidak stabil akibat perpecahan rumahtangga.
No comments:
Post a Comment