S@ntAi

S@ntAi

Wednesday, February 2, 2011

PEMIKIRAN



APA ITU PEMIKIRAN?

DEWEY (1910)
aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah

GUILFORD (1967)
sesuatu jenis kebolehan atau keupayaan dan mempelbagai kemahiran berfikir

DAVIDOFF (1979)
sebagai penggunaan simbol, gambar, perkataan, pengamatan dan konsep.

BEYER (1991)
operasi mental terhadap input deria dengan menggunakan maklumat dalam ingatan untuk menaakul, mengadaptasi dan mengasimilasinya dengan tujuan membentuk atau mencari sesuatu makna.

nJadi, pemikiran merupakan proses membina ilmu dan kefahaman – aktiviti mental dalam otak .


CIRI-CIRI PEMIKIRAN:
*
  1. Berlaku kerana kewujudan rangsangan – keraguan dan masalah timbul 
  2. Berlaku dalam minda 
  3. Berfungsi sebagai satu proses – prosedur yang menyeluruh 
  4. Proses aktiviti kognitif 
  5. Usaha seseorang individu 
  6. Tujuan berfikir seseorang 


MODEL-MODEL PEMIKIRAN:

  1. MODEL PEMIKIRAN PERTAMA

*
tiga komponen
*
  1. operasi mental - operasi kognitif dan metakognitif
  2. pengetahuan terdiri daripada fakta, maklumat, ilmu, kefahaman, hukum, peraturan dan sebagainya 
  3. sikap terdiri daripada penentuan keberkesanan terhadap proses pemikirannya
    *

    Operasi kognitif merangkumi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
*
operasi metakognitif merupakan operasi yang mengarah serta mengawal kemahiran dan proses kognitif
*




  1. MODEL PEMIKIRAN KEDUA

*
Proses pemikiran boleh dihuraikan melalui model pemikiran kedua
*tiga komponen
*
  1. input (rangsangan)
  2. *operasi (proses)
  3. *output (hasil)
*
  • dua komponen yang berkaitan iaitu proses ingat kembali dan metakognisi
*
  • mengandungi ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang
*
  • data yang diproses dan disimpan - ingatan jangka pendek - berulang-ulang - ingatan jangka panjang
*
*
  • data diingatkan kembali supaya komponen operasi mental  digunakan - menjalankan proses tafsiran ke atas data yang sedang diperolehi daripada rangsangan luar
*
  • semasa proses pemikiran berlaku, proses metakognisi pula merancang dan mengarah, menyemak, mengawal dan menilai segala operasi pemikirannya.

JENIS-JENIS PEMIKIRAN:
Bergantung kepada:
SITUASI
PERKEMBANGAN
DAYA INTELEK

SITUASI
n

  • Berubah mengikut individu secara situasi yang dialaminya dari semasa ke semasa 
  • pemikiran asosiatif
      Tidak tetap dan tidak berarah
      Terburu-buru
  • pemikiran berpandu 
      Berfikir panjang
      Cuba mencari penyelesaiaan



PERKEMBANGAN
*
Teori Jean Piaget (1896-1980)
  • Peringkat deria motor (0-2 thn) 
Mengkoordinasi maklumakderia – membentuk tingkahlaku
Pertumbuhan bayi yang pesat
membahagikan kepada enam sub-peringkat kecil

  • Peringkat praoperasi (2-7 thn) 
Perkembangan drastik – guna simbol mental (perkataan dan imej)
membahagikan peringkat ini kepada dua bahagian 
  • Peringkat operasi konkrit (7-11 thn) 
Perkembangan dalam operasi kognitif dan mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi kepada sesuatu yang dilihatnya.
  • Peringkat operasi formal (12 thn ke atas) 
Melakukan proses mental ke atas idea atau fakta dan andaian-andaian
Memikirkan proses hipotetikal dan peristiwa secara logik walaupun bukan realiti

 
Teori Bruner
  • Peringkat enaktif (0-2 thn) 
       Kanak-kanak akan bergerak kepada sesuatu yang menarik
  •  Peringkat ikonik (2-4 thn) 
       Berupaya menggambarkan sesuatu di dalam fikirannya.
  • Peringkat simbolik (5-7 thn) 
       Mula menghuraikan pengalamannya.


DAYA INTELEK
*Diklafisikasikan dibawah lima kategori: 
  • daya pemikiran ingatan, 
  • daya pemikiran kognitif, 
  •  daya pemikiran konvergen, 
n
  1. Satu jenis daya berfikir 
  2. Bertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu 
  3. Disebut sebagai pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis 
  4. cara-cara meningkatkan pemikiran konvergen dalam pengajaran dan pembelajaran 
         - memberi soalan-soalan tertutup 
         - memberi aktiviti pembelajaran dengan arahan yang jelas       
         - menggunakan teknik penyoalan tertutup atau      
            berstruktur      
         - berikan soalan-soalan berasaskan peraturan atau 
            konsep-konsep tertentu
  • daya pemikiran divergen 
n
  1. Pemikiran kreatif 
  2. Tidak dikongkong oleh pengetahuan atau pengalaman sedia ada 
  3. Dikenali sebagai pemikiran lateral atau mendatar, atau pemikiran bercapah 
  4. Cara untuk meningkatkan pemikiran divergen 
       - memberi soalan-soalan bercapah 
       - memberi kebebasan murid menggunakan cara sendiri 
         menyelesaikan masalah terbuka
  •  daya pemikiran reflektif.
n
  1. Penggunaan pengalaman sedia ada 
  2. Tindakan mengaitkan sesuatu idea 
  3. Strategi meningkatkan pemikiran reflektif 
  4. Penggunaan log pembelajaran 
      - Konsep pemetaan
      - Penggunaan teknik penyoalan
      - Pembelajaran rundingan
      - Jurnal reflektif


  • Seorang pemikir yang bersikap positif akan sentiasa mengambil semua jenis pemikiran yang baik untuk diamalkan. 
  • Seseorang pemikir yang bersikap negatif akan membuat persepsi yang negatif menyebabkan kemunduran dalam hidupnya.
*

3 comments:

  1. hueehhh. kalau kate pemikiran. 1st yang terlintas dalam otak ialah otak.! hehe

    ReplyDelete
  2. uih....tidak tepat tu padie_eyla, sebab binatang juga mempunyai otak, malah komputer juga dianggap mempunyai otak, namun semua tu tidak dapat menganalisis secara rohani. Namun pemikiran sangat komplex sehingga komputer juga tidak dapat mencapai tahap pemikiran manusia walau secanggih mana pun. Binatang pula mempunyai otak namun bolehkah ia berfikir secara rasional? Biasanya binatang bertindak berdasarkan lumrahnya seperti bagaimana untuk memperdayakan musuhnya bagi tujuan pertahanan dan makanan.

    ReplyDelete
  3. wuahh!!! bagus cikgu anuar ni hehehe...

    jemput sini yer hehe..
    Blog Matdin"

    ReplyDelete