Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM telah menjadi tuan rumah Pertandingan Debat DiRaja ke-14 2010 yang berlangsung dari 17 hingga 22 Disember 2010. Pertandingan ini merupakan pertandingan debat antara Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di anjurkan bersama UTHM, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM). Penganjuran Pertandingan Debat Di Raja Antara IPTA Malaysia dilaksanakan secara bergilir-gilir di kalangan IPTA.
Objektif utama pertandingan debat ini ialah untuk melahirkan generasi pemimpin masa hadapan yang berwibawa dan menjunjung nilai intelek serta menyemai semangat dan budaya membaca aras tinggi di kalangan pelajar agar lebih berpengetahuan tentang perkembangan di Malaysia dan di arena antarabangsa.
Pertandingan debat pada tahun ini akan diadakan mengikut format ‘ala Parlimen' yang diilhamkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Format pertandingan ini adalah gandingan antara format perdebatan Debat Australasian dengan Debat Dunia dan menjadi begitu popular di kalangan pendebat-pendebat sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi dan sampai ke kemuncaknya, apabila format ini diterima secara rasmi untuk pertandingan Debat Asia (Asian Debating Championship).
Pertandingan akan melibatkan 20 IPTA dan 4 IPTS. Sebanyak tiga kategori yang akan dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu (Utama dan Muda), Bahasa Inggeris (Utama dan Muda) dan Bahasa Arab. Semua pertandingan akan dijalankan serentak di beberapa lokasi di dalam kampus utama UTHM.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah akan diadakan pada 22 Disember 2010 dan bakal disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim yang juga merupakan Canselor UTHM. Pertandingan akhir Debat DiRaja Bahasa Melayu (Utama) bakal berlangsung bersempena dengan majlis perasmian tersebut.
Sementara itu pada 17 Disember 2010 akan diadakan Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah MADUM yang akan diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM.
Kategori yang dipertandingkan adalah:
- Bahasa Melayu Utama
- Bahasa Inggeris Utama
- Bahasa Arab
- Bahasa Melayu Muda
- Bahasa Inggeris Muda
Saya terlibat sebagai "Runner" Bahasa Arab. Pelbagai pengalaman dan pengajaran yang Nua perolehi daripada program ini. Semestinya pengalaman ini sangat berharga dan memberi input yang tidak ternilai. Mana tidaknya, Nua sebenarnya kurang kefahaman berkenaan bahasa yang penting ini, iaitu Bahasa Arab. Sekadar tahu beberapa perkataan yang diucapkan oleh pendebat membuatkan Nua terasa begitu rendah diri. Setiap pendebatan sememangnya Nua tidak faham apakah isi mereka. Tugas Nua membawa pendebat jagaan Nua (UM (A)) ke bilik persidangan dan menjalankan tugas penting menjaga masa.
Penat tu, memang la penat. Nama dah "runner", ke hulu ke hilir... Tapi semua tu tak kisah, Nua buat kerja seikhlas mungkin, xdelah nak merungut dengan arahan ketua. Semua anak buah (UM) bagus-bagus. Tak banyak kerenah dan senang uruskan mereka nih, dah besar dah tahu jaga diri. Nua ni sebagai pemudah mereka, ada masalah Nua cuba selesaikan.
Untuk kategori Bahasa Arab, Johannya adalah USIM (USIM vs UNISZA), jadi naik johan adalah UNISZA. Pendebat UTHM selaku tuan rumah tiada rezeki untuk ke peringkat akhir untuk kategori Bahasa Arab. Namun kami berbangga kerana pasukan debat Bahasa Melayu Utama mara ke peringkat akhir untuk menentang UiTM, walaupun sekadar meraih tempat kedua.
SANTAI SELEPAS PENAT BERDEBAT (kategori Bahasa Arab)
HARI TERAKHIR PROGRAM DEBAT DIRAJA 2010:
Pasukan UTHM (kategori Bahasa Melayu Utama peringkat akhir)
Perdebatan rancak antara UTHM selaku pembangkang dan UiTM sebagai pihak kerajaan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.
Antara pemenang yang sempat bergambar.
Kerjasama antara AJK pelaksana Debat Diraja 2010 kategori Bahasa Arab memang mantap. Korang semua memang best... Semua memberi komitmen yang tinggi dalam melancarkan program debat ini. Walaupun baru kenal, tapi dah rasa macam kawan rapat pulak. Apapun selama kita bersama, harap korang tidak ambil hati kalau Nua ada silap dan salah sepanjang program ini.
Diharapkan program seperti ini dapat meningkatkan lagi jati diri di samping memantapkan lagi modal insan. Banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh di petik dan disemaikan dalam jiwa kita. Inilah yang diharapkan dan dipupuk melalui program yang berfaedah terutamanya bagi remaja.
g jalan tak ajak!
ReplyDeletehahhaa...kitaorg pun tumpang je...heheheheh
ReplyDeletebest2~tq membntu....
ReplyDeletetak sangka dalam mencari pic UTHM untuk design organisasi debat BM terjumpa blog ni....bagus2
ReplyDeletemy_rules....terima kasih kerana berkunjung.....
ReplyDeletebest la..bole tunjuk ajar ttg debat? :)
ReplyDelete