Sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia di era globalisasi ini adalah amat berbeza jika dibandingkan dengan sistem yang digunapakai bagi beberapa dekad yang lampau. Di sini, kita perlu memahami dan meneliti cabaran-cabaran yang dihadapi sebagai seorang pendidik. Pertelingkahan moral atau boleh di bahasakan sebagai masalah moral yang semakin merebak ibarat kanser yang merbahaya. Kita adalah sukar untuk mengesan pada peringkat awal dan kanser mula menunjukkan kesannya pada peringkat yang lebih parah. Namun kanser boleh dicegah pada peringkat awal. Inilah yang perlu kita pertahankan, langkah awal masih boleh atau berpeluang untuk melawan masalah ini. Jangan kita mengambil berat apabila penyakit ini mula tidak terkawal. Pada waktu itu, peluangnya sangat tipis.
Kehidupan sebenar seorang pendidik yang cemerlang boleh dilihat dari segi cabaran dalam mengharungi arus perubahan secara global serta sikap atau perwatakan yang baik dalam menyelesaikan masalah pelajar. Pembentukan dan pembinaan jati diri pelajar sememangnya satu cabaran yang besar kepada orang yang bergelar seorang pendidik. Perlakuan moral yang baik dilahirkan melalui pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi daripada pembinaan jati diri pelajar itu sendiri.
Dalam aspek memahami modifikasi tingkah laku pelajar yang merupakan sesuatu yang kompleks, para pendidik perlu lebih rasional dan bersikap lebih proaktif. Para pendidik akan mudah mengesan dan memahami pelbagai jenis gangguan tingkah laku seperti pelajar yang hiperaktif, kebimbangan, pengunduran diri, dan pergantungan berlebihan serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya. Ini dapat dilihat melalui takrifan yang dikeluarkan oleh Crow dan Crow dimana psikologi sebagai kajian tentang tingkah laku dan perhubungan manusia. Memahami tingkah laku manusia agar persefahaman perhubungan yang baik antara manusia dapat dicapai. Ini menjelaskan bahawa memahami tingkah laku pelajar sangat penting agar hubungan antara guru dengan pelajar akan bertambah baik.
Apa yang menarik ialah kehidupan seorang pendidik yang semakin mencabar berikutan perkembangan semasa yang begitu rancak berubah. Dalam menghadapi krisis pendidikan dalam era globalisasi ini, guru boleh berfikir sejenak terhadap tugas dan tanggung jawab yang harus dipikul bagi memenuhi tuntutan semasa. Guru yang baik tidak boleh berada dalam kepompong yang lama atau tangkuk yang lama, mereka perlu bergerak selangkah demi selangkah ke hadapan dan membuka gerbang ilmu yang sememangnya begitu luas untuk diterokai. Sepertinya hari ini, pelajar mula memijak kepala guru mereka apabila timbul ketidakpuasan hati berkenaan teguran guru, dendaan, arahan dan sebagainya. Tidak seperti pendidikan guru sebelumnya, pelajar begitu takut dan patuh dengan arahan guru sehingga mereka tidak akan menimbulkan masalah yang boleh memudaratkan.
Memang tidak dinafikan manusia hari ini semakin maju ke hadapan. Namun, patutkah kita biarkan kemajuan globalisasi mengikis keperibadian anak-anak dan menyerapkan moral yang tidak baik? Jika kita perhatikan, internet bukan sahaja banyak menyebarkan maklumat yang berguna, malah maklumat yang boleh mencemarkan fikiran mereka juga begitu mudah disebarkan. Lebih membimbangkan lagi budaya kuning ini begitu mudah sebati dengan jiwa remaja yang sedang berkembang. Mereka mula hilang tumpuan dengan pembelajaran dan mula melibatkan diri mereka dengan aktiviti yang tidak sihat seperti ponteng sekolah, merosakkan harta benda, mencuba benda yang tmemudaratkan seperti rokok dan dadah, kesalahan seks dan sebagainya.
comelnye tikus nua..
ReplyDeletecomel dan penuh kegigihan....
ReplyDeleteSalam kenal,
ReplyDeletethanks sudi datang blog gua..
dulu gua ngajar, satu hari gua lerai budak gaduh dan salah sorang kena tumbuk...
esoknyer gua dapat amaran supaya tak pukul student... rupe2 nyer budak yg kena tumbuk tu ckp kat parent die yg gua pukul padahal die bertumbuk...
last2 gua cakap yg gua boleh buat betol2, siap gune kaki lagi... sejak dari tu gua secara rasmi jadi ustaz taiko kat situ...
kesimpulan... jadi pendidik ni kena sabar... jangan jadi macam gua he3
emm...itulah...guru ini sebenarnya sangat besar cabarannya....
ReplyDeletekita perlu berfikiran rasional dalam menyelesaikan masalah....disini, saya menegaskan ibubapa perlu memahami situasi guru dan anak mereka...mereka tidak boleh menyerang guru tanpa siasatan dahulu....
of kos... termasuk juga para guru besar/pengetua... jangan asik nak jaga nama baik skolah lalu guru jadi mangsa... ibu bapak plak jangan percaya cakap anak2 bulat2... kang x pasal2 hidop2 kena tipu
ReplyDeletebetul tu Cikgu Hasrul Nizam... apa-apa kenalah siasat dulu, jangan main terjah je....kan..?
ReplyDelete