Sesungguhnya, guru memainkan peranan yang sangat besar dalam mendidik anak-anak bangsa yang semakin lupa di mana sepatutnya mereka berpijak. Bentuk kurikulum yang usang dan difikirkan kurang menyumbang kepada kemajuan negara bangsa harus diberi nafas baru atau digubal semula agar penampilannya lebih segar sebagai agen kemajuan dan pembangunan menuju Wawasan 2020. Ini sejajar dengan inisiatif kerajaan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi matapelajaran Sains dan Matematik. Ini adalah sesuai dengan persekitaran yang semakin berubah dan sifatnya yang tidak pernah statik. Jelas bahawa guru perlu memikul tanggungjawab yang besar dalam merialisasikan impian kerajaan untuk menjadikan kita bangsa yang maju dan negara yang membangun.
Perlu ditegaskan bahawa seorang guru yang proaktif dan berfikiran terbuka lebih mesra dengan sikap keterbukaan dan kesediaannya untuk meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Segala cabaran dan rintangan perlu ditempuhi dengan rasional berasaskan kepada ilmu yang bersesuaian. Guru perlu memahami kerenah para pelajarnya yang merupakan suatu yang sangat kompleks dan berbeza di antara individu yang lain. Segala masalah pelajar perlu ditangani secara bersepadu bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan terbilang. Dengan mengkaji keperluan, fisiologi, dan psikologi pelajar-pelajar, guru dapat berusaha ke arah memenuhinya. Ini akan dapat meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk bergiat serta mengalami keadaan emosi yang lebih stabil.
Gambar aku dan kawan-kawan semasa praktikal di Sekolah Menengah Teknik Bachok
Begitu bayak cabaran yang di hadapi sebagai seorang pendidik. Namun, berkat kesabaran dan keyakinan memandu para guru untuk terus berkorban demi para pelajarnya tidak kira wang ringgit, tenaga mahupun masa. Semua itu tidak pernah mematahkan semangat juang para guru demi memperkembangkan ilmu. Ilmu itu banyak seumpama luas lautan, gurulah yang membimbing dan memimpin para pelajar untuk mendapatkan setitik daripada ilmu itu, namun yang selebihnya adalah bergantung kepada pelajar tersebut. Melayani kerenah para pelajar merupakan satu titik permulaan untuk lebih memahami tingkah laku mereka.
Gambar aku dengan pelajar....
Sebagai seorang pendidik yang cemerlang, penampilan dan perwatakkan yang menarik dan bersesuaian sangat penting kerana guru merupakan cermin kepada masyarakat dan para pelajar itu sendiri. Sebagai seorang guru, dia perlu sabar, tegas, amanah, dan dedikasi dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik. Sebaik-baiknya guru menjadi contoh teladan kepada para pelajarnya sama ada dalam kelas mahupun di luar. Segala gerak-geri kita sebenarnya diperhatikan oleh pelajar itu sendiri dan masyarakat. Persekitaran dibentuk dan membentuk pemikiran manusia, malah boleh mengubah dimensi hidup masyarakat secara total. Guru jualah yang cuba menerangkan dan memperlihatkan yang mana baik dan yang mana tidak elok.
Jika kita meneliti sejarah perkembangan pendidikan kebangsaan, bermula daripada Laporan Razak 1956, terdapat kesinambungan yang utuh bagi memperkasakan sistem pendidikan kebangsaan. Para pendidiklah yang merupakan penggerak kepada kemajuan dan perkembangan negara. Laporan Kabinet pada 1979 memberi pengakuan bahawa peluang pembelajaran harus dilanjutkan dari sembilan tahun di bangku sekolah kepada 11 tahun. Ini bagi memastikan tiada murid tercicir pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Jelas bahwa pelajar diberi keutamaan dalam pelbagai aspek. Guru yang cemerlang ialah guru yang bijak mentafsir kurikulum yang menjadi wahana penyampaian ilmunya Guru masa kini harus melihat kurikulum pendidikan secara dinamik.
Pelajar ni pelbagai ragam...Pendidik sememangnya perlu prihatin terhadap para pelajarnya.
macam kenal jer.. hahaha..
ReplyDeletejenguk2 sini jugak ek hehe
apa yang kenal tu mat?
ReplyDeleteselamat dtg kedunia blog!
ReplyDeleteterima kasih atas sokongan anda manggis...
ReplyDeleteni mat pengaruh akulah ni...
besar anak murid dari cikgu haha..
ReplyDeletewalau pun kecik....namun hati aku besar mendidik mereka....hahaha
ReplyDeleteko lh jgk nua..cikgu..ptt dpt anugerah cikgu cemerlang
ReplyDeleteeh...mn layak lagi dpt guru cemerlang....hahahahahha
ReplyDelete