S@ntAi

S@ntAi

Thursday, December 16, 2010

Guru Yang Ideal

Perkataan 'ideal' merujuk kepada kesesuaian, atau kena pada tempatnya. Guru yang ideal terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu kaedah pengajaran, cara bersosial, penampilan dan perwatakan, ilmu pengetahuan, kemahiran pertuturan antara pelajar dan guru dan sifat keprihatinan.



Guru yang ideal mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah pengajaran dengan baik. Interaksi dua hala antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan guru memainkan peranan yang penting supaya isi pelajaran dapat disampaikan serta difahami oleh pelajar. Maka guru perlu manarik perhatian pelajar supaya pelajar tidak bosan dengan apa yang disampaikan. Ini adalah dengan cara pengunaan set induksi yang berkesan. Dengan kata lain guru tersebut perlu membuat persediaan yang efektif sebelum memulakan pengajaran. Persiapan alat bantu mengajar perlu cukup dan sesuai untuk menarik lebih perhatian pelajar.



Selain itu, guru perlu memasukkan unsur-unsur humor atau lawak jenaka sesekali semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Untuk menjadikan kaedah pengajaran yang lebih menarik adalah dengan menyelitkan kata-kata peransang serta pujian terhadap pelajar. Ini juga tidak ketinggalan dengan memasukkan unsur-unsur jenaka. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik bagi membuka minda pelajar.


Maka dengan melaksanakan perkara-perkara berikut, pelajar akan merasa seronok dan gembira sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku. Oleh itu, guru yang seperti ini diidamkan oleh para guru kerana dapat menarik perhatian pelajar.Guru yang ideal perlulah pandai bersosial dan mesra bergaul dengan masyarakat sekeliling. Oleh itu, penglibatan dengan aktiviti di sekolah mahupun bersama rukun tetangga sangat penting. Guru sejak dahulu lagi dipandang tinggi oleh orang lain terutamanya masyarkat itu sendiri kerana guru biasanya mengetuai sesuatu jawatan di dalam rukun tetangga.

Dengan kata lain, guru mempunyai pengetahuan dalam semua bidang. Jadi, guru perlu pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan masyarakat sekitarnya. Selain itu, cara guru bersosial dalam kelas juga merupakan ciri-ciri seorang guru yang ideal. Ciri-ciri guru yang baik dan boleh menjadi contoh kepada pelajar.






Penampilan dan perwatakan yang baik dimiliki oleh seorang guru yang ideal. Keterampilan perlu bersesuaian dengan subjek yang diajar oleh beliau. Seperti guru pendidikan jasmani perlulah mempunyai sikap yang aktif dan sentiasa bersemangat. Daripada keterampilan yang ditunjulkan dapat mambakar semangat para pelajar untuk berusaha menjadi seperti guru tersebut. Dengan kata lain manjadikan guru tersebut sebagai idola.



Sikap berfikiran terbuka untuk mendengar masalah pelajar dan berusah menyelesaikan masalah perlu ada pada guru yang cemerlang. Oleh itu, guru ini mempunyai daya tarikan serta dipercayai oleh pelajar untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Ini diperkuatkan lagi apabila dapat menyelami perasaan pelajar berkenaan dan cara guru berkomunikasi dengan pelajar sangat baik..

Ilmu yang cukup didada dan tidak ketinggalan ditelan arus zaman sangat perlu dalam menempuh kehidupan yang persekitarannya sentiasa berubah dan tidak pernah statik. Untuk tidak menjadi orang yang ketinggalan, guru berusaha mendalami bidang pengkhususan yang diambil di samping memperluaskan bidang pengetahuan yang sedia ada dan terus mengulang kaji agar tidak ketinggalan dan ditelan arus perubahan.


Cara lain untuk meningkatkan ilmu adalah dengan mengikuti kursus-kursus bagi meningkatkan profesion perguruannya. Pengalaman mengajar merupaka aset yang penting untuk mendidik pelajar supaya cemerlang. Pengalaman mengajar ini tidak boleh dijual beli dan tidak ternilai harganya. Guru yang berpengalaman tahu asam garam kehidupan sebagai seorang guru. Maka dapat menyelesaikan masalah dengan mudah serta menjadi contoh kepada guru-guru yang lain.


Pertuturan antara guru dan pelajar perlu terjalin erat, hubungan yang baik dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar. Guru-guru akan memberi tunjuk ajar jika pelajar tersebut menunjukkan minat terhadap ilmu yang disampaikannya. Guru akan memberi nasihat dan tip-tip untuk berjaya terutamanya kepada yang selalu mendampingi guru tersebut. Oleh itu, komunikasi yang baik perlu wujud antara pelajar dengan guru. Ini semua bergantung kepada guru tersebut juga, kerana guru yang terlalu garang akan membuatkan para pelajar takut untuk mendekati dan bertanya soalan yang mereka tidak faham tentang sesuatu tajuk.



Kadang-kadang pelajar yang guru dia minat, dia suka, sampai mana-manapun dia kejar cikgu tu kat bilik guru, keluar waktu sekolah dia akan tanya, dia akan tanya “Macam mana cikgu buat ni?”
           
Pertuturan perlu bersesuaian dengan penerima terutamanya sewaktu menyampaikan isi pelajaran agar maklumat tersebut dapat diterima dengan berkesan. Ini kerana tahap pemikiran pelajar berbeza-beza. Pelajar kelas akhir tahap pemikiran adalah rendah. Oleh itu, pengunaan kata-kata dan istilah yang mudah difahami digunakan. Ayat yang mudah dan ringkas digunakan bagi memudahkan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru.


Keprihatinan perlu ada pada guru ideal. Keprihatinan dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar. Guru cuba menyelami perasaan dengan perhubungan yang baik dan memahami situasi pelajar. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh guru menyebabkan pelajar rasa diri mereka disayangi dan dihormati. Guru perlu meluangkan sedikit masa bersama pelajar dan duduk berbual bersama mereka dan mendengar masalah mereka. 

No comments:

Post a Comment