S@ntAi

S@ntAi

Saturday, January 15, 2011

Petua Mengelak Mengumpat


Ibnu Abbas pernah berpesan:-

  1. Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain, maka cubalah dahulu engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri
  2. Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan Allah S.W.T; seksa orang yang mengumpat dan takut ancaman-ancaman yang akan dihadapkan pada dirinya.
  3. Sibukkan diri mengubati kekurangan diri supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain. Sabda Rasullah S.A.W,:"Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.”
  4. Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala ucapan buruk.


IMPLIKASI atau PADAH akibat Mengumpat
i. Punca pergaduhan, perselisihan, salah faham dan berkaitan.
ii. Tidak bertegursapa membawa kepada terputusnya hubungan siratulrahim.
iii. Perpecahan ummah.

2 comments: