S@ntAi

S@ntAi

Sunday, August 7, 2011

JOM SOLAT TERAWIH





Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama
Al-Kauthar.”


Tuesday, May 17, 2011

Beginikah Kita???


Beginikah kita?
Insan yang bergelar pelajar,
Begitu payah menerima ajaran GURU mu,
Mudah lalai dan leka,
Terpedaya dengan hasutan nafsu dan syaitan.

Beginikah kita?
Berburu di padang datar,
Berguru kepalang ajar,
Jasa yang melimpah kurang ditadah,
Untuk mengisi kekosongan dada yang meluah.



Beginikah kita?
Merenung langit yang jauh tanpa menoleh,
Cuba menggapai impian diri,
Guru menghulurkan tangan mencurah bakti,
Siapa sahaja boleh menjadi dewasa nanti.

Beginikah kita?
Bila miskin bila derita,
Bila susah tiada daya,
Bila duka datang nestapa,
Pandangan GURU hinggap rungutan berjela-jela.



Beginikah kita?
Umpama pohon keguguran daunnya,
Tiap akar ilmu miliknya,
Tanah dan air dengan baktinya,
Untuk pembekal sebelum menjadi dewasa perkasa.

Beginikah kita?
Insan bergelar pelajar ketagihan ilmu,
Sedang alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan menjadi pelukan,
Seribu tahun katanya menjadi hikmah.


Beginikah kita?
Lihatlah dunia lihatlah sekalian alam,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Perdana Menteri memerintah,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.


Beginikah kita?
Impian besar menggapai impian,
Nafsu syaitan masih didamba,
Mudah leka keasyikan dunia,
Segala kesabaran dn keringat GURU labuhkan,
Kita hanya umpama melepas batuk di tangga,
Yang mengajar menulis membaca,
Yang berdirinya di muka muridnya,
Tidak mengharapkan kebendaan hanyalah HARAPAN.


Wednesday, March 16, 2011

Jom Bersantai....


Kali ini saya nak kongsi dengan rakan-rakan pembaca berkenaan santai. Hidup ni memang banyak tekanan dan ramai antara kita sibuk sehinggakan tidak ada masa untuk bersantai. Sekali-sekali kita perlu merehatkan badan dan minda kita. 

Hidup ini mesti ceria dan kenangan manis bersama keluarga mahupun sahabat kita. Ada masa jom kita bersantai. Bagi warga UTHM atau penduduk sekitar Parit Raja, ada beberapa tempat yang boleh kita berkunjung untuk melepaskan tekanan.

Paling dekat dan bila-bila masa adalah sekitar UTHM sendiri. 
Boleh berbasikal menikmati pemandangan bangunan dan kehijauan landskap sekitar kampus induk UTHM.

Nak main sorok-sorok kat tengah taman perpustakaan UTHM pun boleh. Tidak ada sapa nak marah, jom cari Nua, ada kat celah-celah pokok tu ha....hehehe

Macam kawan aku plak ni, duk tengah bilang semut agaknya yang tengah melintas jalan.

Signbord ni penting, kang sesat plak. Apa-apa hal kena tengok jugalah arahan papan tanda jalan ni, kang melencong ke tempat lain pulak.

Meninjau pembangunan yang sedang dijalankan sekitar UTHM (Masjid baru 50% siap)

Melihat perkembangan projek pembangunan Dewan Utama. Insyaalah kalau sempat siap bolehlah aku menerima Ijazah aku kat dalam dewan ni.

Ni pula bangunan untuk Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat yang dijangka siap sepenuhnya tahun 2013.

Seronok pula bergambar di tepi tasik. Nak joging dan berlari-lari dekat sekeliling tasik ni pun boleh. Kalau nak guling-guling pun tak ada orang kisah. Jom....

Teringin juga nak tangkap ikan nih, tapi segan la pulak...heheheh. Memancing dibenarkan, jadi apa lagi jom kita memancing kat sekitar UTHM.

Ini pula Padang balapan UTHM, ramai juga awek-awek cun joging sini, jom kita cuci mata.

Lepak dekat Dataran Siswazah pun ok juga, ada air pancut dan air tirai buatan. Boleh la hilangkan penat sambil menikmati kehijauan pokok-pokok.

Dah penat pusing UTHM, dah rasa jemu, jom kita pergi luar sikit. Pantai Minyak Beku juga dekat, tapi tempat taklah best pun. Tapi kalau teringin nak tengok laut boleh je. Hanya sekitar 30 minit sahaja dari UTHM.

Ni borong air, haus sangat berjalan tengahari... Di sinilah bermulanya sejarah Batu Pahat dimana terdapat sebuah perigi yang dibina di sini. Tak nak cerita panjang, biar korang datang dan baca sejarah Batu Pahat.

Kalau nak best sikit kita pergi ke Pantai Sungai Lurus, pun tak jauh dari UTHM...dalam 30 minit juga.

Boleh berehat sebentar di jeti, sambil melihat ombak pantai.

Sini terkenal dengan kerang goreng. Korang boleh la cuba...

Kanak-kanak sedang mandi-manda. Atas tu medan selera, korang boleh menjamu selera dan menikmati kerang goreng yang popula di sini.

Ada satu lagi pantai yang saya selalu pergi, Pantai Punggur, Rengit. Kira best jugalah, boleh makan-makan sambil merenung ke laut. 

Termenung jauh dah nih....

Ada kuala tempat nelayan melabuhkan sampan...

Teringin nak mandi pantai....

Di sinilah korang dapat menenangkan fikiran dan melihat gelagat kanak-kanak bermain air.

Sudah penat bersantai di pantai, bagi yang lebih sukakan advanture dan hutan belukar, jom kita singgah Gunung Belumut, Kluang. Tapi jauh sikit la, mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan dari UTHM.


Mandi-manda memang menyegarkan. Rugi kalau tak mandi. 

Bagi yang pandai berenang dan berani membuat aksi terjunan, boleh la cuba kat port nih. Saya tak berani dan tak pandai berenang, tengok saje je lah.


Jadi macam mana hujung minggu anda, takkan nak terperuk kat bilik dan habiskan masa dengan tidur sahaja? Jom lah kita bersiar-siar walaupun hanya berjalan kaki sekitar tempat tinggal. Luangkan masa anda walaupun 5 minit untuk menenangkan fikiran dengan alam sekitar yang begitu indah untuk diterokai. Selamat bersantai dan walau apapun cara bersantai, yang penting kita ceria selalu.ok.... :)

Wednesday, February 23, 2011

Geng UTHM Blogger....


Saya, awak dan dia. Kami blogger UTHM.


INGATAN DAN LUPAAN


Manusia dicipta dengan pelbagai keupayaan
Manusia harus berusaha membangunkan keupayaan tersebut supaya dimanfaatkan kepada diri sendiri dan masyarakat yang mana bersesuai dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud ‘Allah tidak akan merubah sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang merubahnya’.
Keperluan manusia boleh disusun mengikut hierarki keperluan yang tententu.
Selain daripada keperluan semula jadi, faktor-faktor yang lain seperti motivasi turut memainkan peranannya mempengaruhi tingkah laku manusia.

MODEL MEMPROSES MAKLUMAT

1.Ingatan Jangka Pendek atau memori kerja (working memory) 



  • Kapasiti ingatan jangka pendek adalah kecil. Tempoh simpanan maklumat pendek (5 hingga 20 saat).
  • Maklumat diproses, ditapis, disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan.
  • Satu cara untuk simpanan baru (ulang sebut berkali-kali).

Ingatan Deria (sensor memory) 
Dikenali juga sebagai sensory register atau sensory information store. Ingatan sensori kapasiti besar, menyimpan banyak maklumat. Masa simpanan maklumat (1 hingga 3 saat). Jika maklumat tidak diproses, maklumat akan hilang.

Ingatan Jangka panjang (long term memory)


  • Ingatan jangka panjang mempunyai kapasiti besar - menyimpan maklumat lebih lama iaitu lebih dari beberapa minit hingga ke beberapa tahun.
  • Terbahagi kepada tiga:


  1. Memori episodik : mengandungi peristiwa yang dialami seseorang sepanjang hayat. Lengkap dengan masa dan tempat. Memori ini tersusun mengikut masa.
  2. Memori semantik : adalah memori untuk ’ makna ’ iaitu menyimpan konsep, fakta, hukum, skema, imej yang diperlukan untuk proses.
  3. Memori prosedural : memori tentang bagaimana melakukan sesuatu terutamanya yang melibatkan aktiviti fizikal yang berurutan.

INGATAN


Ingatan bermaksud maklumat yang dapat kita simpan dalam ingatan jangka panjang.

Boleh keluarkan semula apabila dikehendaki.


Proses yang terlibat dalam membentuk ingatan ialah:
1.Encoding merujuk kepada proses mendapat maklumat
2.Storage merujuk kepada menyimpan maklumat di mana perubahan berlaku pada system saraf yang membolehkan terbentuknya kesan ingatan.
3.Retrieval ialah proses mengeluarkan dan mengguna maklumat.

LUPAAN

Lupaan bermaksud suatu kegagalan individu mengingati sesuatu fakta yang pernah diketahui sebelum ini. Kegagalan ini mungkin disebabkan maklumat dalam ingatan jangka pendek boleh hilang sebelum sempat diperoses dan disimpan dalam ingatan jangka panjang atau gagal memanggil semula maklumat itu daripada ingatan jangka panjang (Slavin, 1997).


FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN LUPAAN

1.1.KEUSANGAN
Maklumat hilang disebabkan oleh peredaran masa

2.GANGGUAN
Bermaksud suatu proses yang terjadi apabila percubaan ingat semula dihalang oleh maklumat lain dalam memori. Terdapat dua jenis gangguan iaitu:
ØGangguan Retroaktif
ØGangguan Proaktif

3.3.BAHAN YANG SUDAH LAMA DIGUNAKAN
Contohnya: selepas lama bekerja sebagai setiausaha, Mohthar berasa sukar untuk mengingati pelajaran Biologi yang dipelajarinya semasa tingkatan 5.


4.TEKANAN
Bilamana seseorang sengaja menolak memori yang menyakitkan atau menyedihkan daripada muncul ke paras kesedaran.


5.KEBIMBANGAN ( ANXIETY )
Kebimbangan yang tinggi semasa di dalam dewan peperiksaan atau semasa hendak menghadapi temuduga boleh menyebabkan lupaan.
6.

6.MINAT
Perkara yang kurang diminati lebih mudah dilupakan.


7.PERUBAHAN ALAM SEKITAR
memori episodic banyak bergantung kepada alam sekitar. Sekiranya akibat peredaran masa, nama jalan atau bangunan telah bertukar, menyulitkan untuk seseorang mengingat sesuatu peristiwa yang berkaitan dengan tempat itu.


8.MASA YANG TIDAK MENCUKUPI
Contohnya pelajar yang tidak mempunyai cukup masa untuk membuat ulangkaji akan melupakan banyak fakta-fakta semasa peperiksaan.

9.9.ARAS KEYAKINAN YANG RENDAH 
Jika kenyakinan rendah, ini dapat melemahkan daya ingatan individu

10.MAKLUMAT YANG TIDAK LENGKAP
Sesuatu fakta juga boleh menyebabkan Maklumat hilang atau dilupakan.



CARA GURU MEMBANTU MENINGKATKAN INGATAN MURID

1.1.Bahan Pembelajaran Bermakna dan Berkaitan
Bermakna dan berkaitan dengan kehidupan murid-murid.


2.Meningkatkan Isi Pembelajaran
Senang kepada susah.
Maujud kepada abstrak
Dekat kepada jauh.
Kecil kepada besar.


3.Memeringkatkan Kaedah Pembelajaran
Interaksi guru murid dua hala.
Pelajar bebas bertanya dan mengeluarkan pendapat
Merancang aktiviti pembelajaran yang menarik dan inovatif

4.4.Susunan Jadual Waktu.
Subjek yang susah seperti matematik, kimia dan fizik di sebelah pagi
Subjek seperti seni di sebelah tengah hari atau petang.


5.Menggunakan Mnemonik dan Singkatan.
Bagi mengingat jenis memori dalam ingatan jangka panjang


 EMAK SUKA PIZA

E = EPISODIK
S = SEMANTIK
P = PROSEDURAL.

*Mnemonik ini juga dinamakan strategi huruf pertama – di mana huruf pertama daripada satu senarai diambil dan dibina perkataaan atau frasa yang mudah diingat. Contoh lain adalah mengingat empat proses peniruan bandura:


Pemerhatian. 
Penyimpanan 
Pengeluaran semula 
Motivasi

6.
6.Menggunakan Berbagai-bagai Alat Bantu Mengajar
Gambar, carta, rakaman kaset dan video dan lain-lain lagi.

7.Membimbing Pelajar Cara Belajar yang Betul atau Kemahiran Meta Kognitif
Teknik membuat rumusan atau ringkasan nota
Teknik pengurusan masa.
Membuat peta minda atau peta konsep dan rajah pengurusan grafik
Belajar arahan kendiri.
Motivasi diri.

8.Latih Tubi.
Hafazan atau overlearning bagi formula, sifir dan fakta penting.




Pembelajaran Lisan 
Pembelajaran Paired-associate atau pasangan berkaitan.  
*Pembelajaran Serial
Melibatkan murid belajar sesuatu istilah dalam suatu urutan yang betul.
*Pembelajaran Free Recall
*Pembelajaran yang memerlukan murid mengingat semula sesuatu senarau perkara tapi tidak semestinya dalam aturan tertentu.
*
Metod Loci
*Digunakan dalam pembelajaran serial untuk mengungkat sesuatu
*
Metod Pegword
*Bayangan bagi mengingat senarai berurutan.
*
Pegword berirama
*Membantu meningkatkan ingatan,

10.

Chunking
*Merujuk kepada aktiviti mengumpul atau membentuk kumpulan maklumat kepada lima atau tujuh set.
*