@NU@REN@
S@ntAi
Tuesday, July 28, 2015
Saturday, December 13, 2014
Kreativiti Dan Inovasi Dalam Pengurusan Pendidikan
Kreativiti merupakan anugerah tuhan kepada semua tetapi kebanyakannya kita telah mengabaikannya. Kreativiti adalah penting dalam apa sahaja yang kita lakukan seperti hiasan, persolekan, jamuan perniagaan dan lain-lain. Kita boleh belajar berfikiran kreatif melalui pemerhatian dan boleh menerangkannya melalui pelbagai cara. Kita perlu berfikir luar dari kotak pemikiran yang biasa. Adakah cara kita bertanya untuk boleh menjadikan seseorang itu berfikiran kreatif?
Cara kita bertanya boleh menukarkan cara kita berfikir (mindset). Ia mengajar kita bagaimana sesuatu input (sama ada rangsangan deria atau maklumat) dapat diterangkan dan terbentuk dalam imageri dan minda seseorang untuk menerima maklumat. Beberapa tokoh dalam disipilin sains pemikiran antara lain menjelaskan bahawa kreativiti amat rapat dengan aktiviti dan gaya hidup manusia. Antara definisi umum yang diberikan adalah ’membuat’ dan ’memenuhi’.
Cara kita bertanya boleh menukarkan cara kita berfikir (mindset). Ia mengajar kita bagaimana sesuatu input (sama ada rangsangan deria atau maklumat) dapat diterangkan dan terbentuk dalam imageri dan minda seseorang untuk menerima maklumat. Beberapa tokoh dalam disipilin sains pemikiran antara lain menjelaskan bahawa kreativiti amat rapat dengan aktiviti dan gaya hidup manusia. Antara definisi umum yang diberikan adalah ’membuat’ dan ’memenuhi’.
“Kreativiti” berasal daripada bahasa Latin “Creare” yang bermaksud Membuat manakala maksud kreativiti dalam bahasa Greek ialah Memenuhi. Kreativiti pada dasarnya kemampuan untuk menghasilkan idea-idea yang inovatif dan nyata serta mereka dari fikiran menjadi kenyataan. Proses ini melibatkan proses berfikir yang asli dan kemudian menghasilkan. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, kreativiti merupakan satu proses untuk menghasilkan benda yang “TIADA” kepada “ADA”.
Kreativiti samada kita sedari ataupun tidak, ianya lebih merupakan satu proses yang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat pelbagai maksud yang merujuk kepada pendefinisian kreativiti. Menurut Guilford, kreativiti sebagai satu komponen penting dalam semua kegiatan intelektual dan ia merupakan suatu kebolehan untuk melahirkan idea-idea atau kebolehan untuk melahirkan banyak idea berkaitan dengan penyelesaian atau penanganan sesuatu masalah. Hassan (1989) dan Nik Azis (1994) menyatakan bahawa terminologi kreativiti berasal daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna ‘memenuhi’. Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.”
Kreativiti samada kita sedari ataupun tidak, ianya lebih merupakan satu proses yang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat pelbagai maksud yang merujuk kepada pendefinisian kreativiti. Menurut Guilford, kreativiti sebagai satu komponen penting dalam semua kegiatan intelektual dan ia merupakan suatu kebolehan untuk melahirkan idea-idea atau kebolehan untuk melahirkan banyak idea berkaitan dengan penyelesaian atau penanganan sesuatu masalah. Hassan (1989) dan Nik Azis (1994) menyatakan bahawa terminologi kreativiti berasal daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna ‘memenuhi’. Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.”
Antara perkataan lain yang sering digandingkan dengan kreativiti adalah “Inovasi”. Inovasi secara umumnya alah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah, cara bekerja mahupun pengenalan kepada teknologi.Walaupun idea dihasilkan melalui proses-proses tertentu seperti rekacipta, pembangunan, pengeluaran dan sebagainya, ia akan menjadi suatu inovasi jika idea tersebut benar-benar dapat digunakan dan dimanfaatkan.
Menyelak kembali lembaran sejarah, tamadun dunia yang gah tidak akan wujud, berkekalan, meningkat ataupun mengembang tanpa melibatkan pemikiran daya usaha baru dan pendekatan yang terkini. Hasil daripada usaha ini pada umumnya boleh diintrepetasikan sebagai daya kreativiti dan lanjutan daripada proses intrepetasi ini akan menghasilkan inovasi. Daya kreatif akan membawa manusia untuk meneroka sesuatu benda yang baru , menghasilkan alat, perkakas, mahupun idea yang baru yang secara tidak langsung meneruskan peningkatan dan hasil mutu sesuatu kegiatan samada dalam bidang pendidikan, keusahawanan, perdagangan dan sebagainya.
Sebenarnya, semenjak dilahirkan, manusia biasa berasaskan kepada naluri kemanusiaan sentiasa berusaha untuk membuat sesuatu yang baru. Tanpa wujudnya pemikiran kreatif, minda seseorang ataupun dalam contoh ini merujuk kepada kanak-kanak tidak akan berkembang kerana sentisasa berada pada takuk yang sama dan akan cepat merasa bosan. Ini menunjukkan, naluri manusia sentiasa ingin untuk mencuba dan memperolehi sesuatu yang lain atau lebih daripada apa yang sedia kita miliki. Sesuatu yang belum ada selalunya lebih mencabar.
Kreativiti wujud atas berapa faktor. Faktor yang pertamanya ialah kewujudan didalam satu masyarakat, kumpulan atau individu yang merasa tidak puas hati kepada suatu keadaan yang sedia ada. Bagi masyarakat tardisional, usaha menuju kearah kreatif adalah amat kurang kerana mereka cepat berpuas hati dengan keadaan dan kemudahan-kemudahan yang sedia ada. Rasa tidak puas hati wujud akibat daripada banyak faktor termasuk persekitaran, persaingan, tekanan, dan juga peluang-peluang yang ada.
Faktor kedua yang boleh mencetuskan kreativiti ialah apabila berlaku sesuatu tekanan yang melibatkan “Survival”. Sebagai contohnya, jika kita menyorot kembali lipatan sejarah Malaysia, orang-orang Malaysia yang terdahulu mampu untuk mebuat tayar daripada getah asli pada zaman pendudukan Jepun. Pada masa itu, keadaan hidup begitu mendesak untuk mendapatkan sesuatu keperluan sehingga pada satu tahap memaksa pemikiran bagi menghasilkan produk ataupun barangan yang tiada kepada ada.
Faktor ketiga adalah persaingan ataupun “Competition”. Keadaan ini memerlukan seseorang individu, mahupun sesuatu organisasi atau kumpulan masyarakat dapat mengekalkan kedudukan utnutk berada pada satu tahap yang lebih baik, tinggi daripada orang lain ataupun sekurang-kurangnya tidak ketinggalan. Dinegara ini, dimana rakyatnya ataupun penduduknya lebih terkongkong ataupun tertutup maka daya kreatif itu adalah kurang jika ingin dibandingkan dengan negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan ekonomi terbuka seperti negara Barat. Penswastaan yang menggalakkan persaingan boleh mencetuskan daya kreatif. Contohnya adalah seperti penswastaan televisyen milik kerajaan berikutan adanya saingan daripada stesen televisyen swasta.
Rasa tidak puas hati dalam diri akan mendorong manusia untuk mencari alternatif bagi mengatasi sesuatu permasalahan ataupun keadaan yang dimiliki. Rasa tidak puas hati ini wujud kerana mereka mengetahui ada sesuatu yang lebih baik atau timbulnya kesedaran diatas kekurangan dan kelemahan yang terdapat pada diri mahupun barangan mereka.
“Rambut sama hitam, hati lain-lain” merupakan satu pepatah Melayu yang mana dalam konteks perbincangan pada kali ini membawa maksud manusia bertindak secara berbeza terhadap situasi-situasi tidak menentu (ambiguous situations), iaitu situasi yang menyebabkan ketegangan pemikiran kepada seseorang individu, dan menyebabkan mereka tidak dapat berfikir secara kreatif. Beberapa orang penulis dan pengaji (Sarnoff & Cole, 1983 dan Torrance, 1984) berpendapat bahawa keupayaan untuk terus berfikir secara terbuka dan bebas semasa berdepan dengan situasi- situasi tidak menentu adalah tanda bagi personaliti pemikiran kreatif.
Halangan pemikiran kreatif boleh dibahagi kepada dua jenis, iaitu halangan pemikiran kreatif luaran dan halangan pemikiran kreatif dalaman. Menurut Dacey (1989), dua jenis halangan pemikiran kreatif dalaman yang menghalang manusia daripada terus berfikir secara bebas dan terbuka semasa berdepan dengan situasi-situasi tidak menentu ini ialah ketetapan ransangan dan ketetapan fungsi.
Dacey (1989) mendefinisi ketetapan ransangan sebagai keadaan di mana seseorang yang berdepan dengan ransangan tertentu akan hanya dapat menumpukan perhatian kepada ransangan tersebut, sehingga tidak dapat membuka mindanya secara kreatif, untuk memikirkan perkara-perkara selain daripada ransangan tersebut. Halangan ketetapan ransangan inilah yang menyebabkan seseorang itu hilang pemikiran kreatif semasa berdepan dengan situasi-situasi yang tidak menentu.
Di samping itu, hasil kajian yang dilakukan oleh Dacey (1989) ke atas sekumpulan pelajar sekolah menengah menunjukkan bahawa hampir 75% daripada pemikiran pelajar-pelajar tersebut kaku dan tidak dapat berfikir secara kreatif kerana faktor ketetapan ransangan. Beliau mengulas bahawa pemikiran pelajar-pelajar tersebut terkongkong dengan ransangan di depan mereka, sehingga tidak dapat memikir maklumat-maklumat lain secara kreatif. Torrance (1984) menyifatkan keadaan ini sebagai “penutupan pra-matang”, iaitu salah satu halangan di mana seseorang itu tidak dapat membuka atau membebaskan pemikirannya, dan memikir lebih daripada rangsangan yang dihadapinya. Ketetapan fungsi pula didefinasi sebagai keadaan di mana seseorang tidak berupaya membuka minda untuk berfikir lebih daripada fungsi objek tertentu. Hasil kajian Dacey (1989) menunjukkan bahawa majoriti subjek kajiannya, iaitu pelajar sekolah menengah kurang kreatif di sebabkan oleh halangan ketetapan fungsi.
Di samping itu, hasil kajian yang dilakukan oleh Dacey (1989) ke atas sekumpulan pelajar sekolah menengah menunjukkan bahawa hampir 75% daripada pemikiran pelajar-pelajar tersebut kaku dan tidak dapat berfikir secara kreatif kerana faktor ketetapan ransangan. Beliau mengulas bahawa pemikiran pelajar-pelajar tersebut terkongkong dengan ransangan di depan mereka, sehingga tidak dapat memikir maklumat-maklumat lain secara kreatif. Torrance (1984) menyifatkan keadaan ini sebagai “penutupan pra-matang”, iaitu salah satu halangan di mana seseorang itu tidak dapat membuka atau membebaskan pemikirannya, dan memikir lebih daripada rangsangan yang dihadapinya. Ketetapan fungsi pula didefinasi sebagai keadaan di mana seseorang tidak berupaya membuka minda untuk berfikir lebih daripada fungsi objek tertentu. Hasil kajian Dacey (1989) menunjukkan bahawa majoriti subjek kajiannya, iaitu pelajar sekolah menengah kurang kreatif di sebabkan oleh halangan ketetapan fungsi.
Antara halangan untuk membentuk pemikiran kreatif yang lain pula adalah halangan yang disebabkan oleh mekanisme khas. Dalam satu-satu keadaan yang biasa kita hadapi, wujudnya banyak idea-idea kreatif yang berlegar di serata tempat seperti warung kopi, pejabat, institusi pendidikan dan lain-lain lagi tidak terkecuali tempat-tempat yang tidak formal. Tetapi tidak ada mekanisme yang tersusun yang boleh mengenal pasti, mengemas kini dan mengolah idea untuk dilontarkan sebagai kepentingan utama. Walaupun terdapat banyak perbincangan yang diadakan, ia tidak dapat dijadikan sebagai wadah yang berkesan untuk kreativiti kerana banyak perkara-perkara lain yang harus dipertimbangkan seperti menjaga hati dan maruah seseorang. Atas sebab-sebab inilah warga negara kita agak jauh ketinggalan dalam perkara yang berbaiktan dengan kreativiti jika ingin dibandingkan dengan negara barat yang lain. Lantaran ini, kreativiti secara tidak langsung memerlukan mekanisme khas yang membolehkan idea untuk diketengahkan. Menurut John Anorld, “Few ideas are in them selves practical. It is for want of imagination in applying them, rather than incurringthem that they vail. The creative process does not end with an idea but it only starts with a new ideas”.
Secara teorinya, otak manusia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu hemisfera kiri dan kanan. Hemisfera kiri dan hemisfera kanan adalah bahagian-bahagian otak yang berfungsi bersama-sama untuk memproses maklumat, dan kedua-duanya diperlukan untuk menyelesaikan masalah secara kreatif. William (1983) mengatakan bahawa manusia mempunyai dua hemisfera otak tetapi sistem pendidikan lazimnya beroperasi seolah-olah kita hanya mempunyai satu otak sahaja, dan ini secara tidak langsung menjadi penghalang kepada pemikiran kreatif.
Secara keseluruhan, kreativiti adalah sebahagian proses yang terlibat dalam kehidupan manusia sehari-harian. Proses ini melibatkan organ otak untuk berfikir serta membangun dan mendominasi hidup kita setanding dengan kebijaksanaan pada setiap individu. Manakala Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities”. Didalam dunia yang terbuka dan terdedah, juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan, begitu cepat setap organisasi dan masyarakat tidak akan mampu untuk tampil kedepan untuk lebih maju kehadapan jika tidak menampilkan kreativiti yang ada dalam diri serta usaha yang tekun. Walaubagaimanapun, tidak semua usaha kreatif boleh membawa kepada kebaikan kerana perkara yang mendatangkan keburukan juga merupakan satu usaha yang kreatif. Oleh itu, setiap usaha kreatif perlulah bertapak kepada nilai dan etika yang murni untuk manfaat kita bersama.
12 SIFAT SAHABAT
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Monday, December 1, 2014
Wednesday, July 16, 2014
Sunday, April 14, 2013
VISUAL NOTETAKING
TAHUKAN ANDA APA ITU VISUAL NOTETAKING?
KALAU NAK TAHU LEBIH LANJUT...JOM SERTAI BENGKEL PENULISAN NOTA KREATIF....
Sunday, August 7, 2011
JOM SOLAT TERAWIH
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
Subscribe to:
Posts (Atom)